
KENALI SIAPA KAMI
ANIEPS ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan milikan tunggal yang diusahakan sepenuhnya oleh Siti Nuraini Binti Saari.
Didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dengan no pendaftaran JM0625310-M pada 4 JUNE 2015 dan mula beroperasi sepenuh masa pada 2018.
Menjalankan aktiviti memproses pes sambal secara komersial penuh dengan jenama Food Cartel. Beroperasi di No.1 & 8, Kilang IKS, Jalan Tun Mutalib 5, Kawasan Perindustrian, Bandar Tenggara, 81000 Kulai, Johor Darul Takzim.
PRODUK TEMPATAN YANG BERKUALITI DAN DIJAMIN HALAL
ANIEPS ENTERPRISE mengusahakan makanan tradisi masyarakat Melayu yang berasaskan pes sambal dengan 2 variasi produk :
-
Sambal Belimbing Hitam
-
Sambal Hijau Ikan Bilis
Segala khidmat konsultansi, R&D bagi pemprosesan pes sambal ANIEPS ENTERPRISE adalah dijalankan oleh Malaysian Agriculture Research & Development Institute (MARDI).
Dipercayai dan diyakini HALAL yang di mana produk kami telah diuji di makmal JAKIM’S PANEL LABORATORY, Halvec lab, yang mana sambal belimbing hitam dan sambal hijau ikan bilis bebas dari sebarang DNA yang diragui.

OBJEKTIF PENUBUHAN SYARIKAT
ANIEPS ENTERPRISE mempunyai beberapa objektif penubuhan syarikat yang ingin dicapai dalam perniagaan dalam jangka masa panjang.
Mempelopori Pasaran Asia Tenggara
Dalam Masa 10 Tahun Lagi Produk Sudah Bersedia Mempelopori Pasaran Luar Terutama Asia Tenggara Seperti Thailand, Singapore, Brunei, Vietnam, Indonesia & Filipina.
Mempergiatkan Kempen Promosi
Menjalankan Promosi Luar Dengan Mengikuti Program Ekspo Dan Business Matching.
Peningkatan Kualiti dan Kredibiliti
Dengan Peningkatan Kualiti Standard Piawaian Makanan Daripada Pensijilan Yang Diperolehi Dari Pensijilan Mengikut Piawaian Halal Oleh JAKIM Dan HACCP, GMP Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menaiktaraf Sistem Pengurusan
Meningkatkan Kualiti Di Peringkat Pengurusan Dengan Mendapatkan Audit Kualiti Standard Yang Dijalankan Oleh SIRIM Berhad.
Mewujudkan Jaringan Sesama Usahawan
Mewujudkan Jaringan Sesama Usahawan Bagi Menjadikan Bandar Tenggara Sebagai Hub Atau Pusat Pemprosesan Makanan.
Galeri Jualan Yang Ekslusif
Mewujudkan Galeri Jualan Yang Ekslusif Terutamanya Dari Produk Keluaran Usahawan Bandar Tenggara Sekaligus Menjalinkan Hubungan Dengan Kementerian Pelancongan Dengan Membawa Masuk Pelancong Sebagai Tarikan Ke Bandar Tenggara
VISI
-
Menjadi pembekal utama sambal cepat sedia di peringkat antarabangsa dengan menawarkan sambal yang berkualiti tinggi dan halal serta lengkap pensijilan HACCP dan GMP.
MISI
-
Memastikan produk sedia ada memenuhi pasaran semasa dalam dan luar negara.
-
Mendapatkan pengiktirafan makanan sihat dan kualiti, standard piawaian antarabangsa.
-
Menjadi pembekal utama sambal cepat sedia dalam dan luar Malaysia.
-
Menjadikan kawasan Bandar Tenggara sebagai hub pemprosesan dan pembuatan produk pes sambal utama Malaysia.
Wanita bekerja kurang masa memasak
Penggemar makanan- makanan pedas
Golongan bujang yang ingin memasak
Pelajar yang duduk hostel dan tiada kemudahan
Pelancong, 'hicker' yang minat masakan authentic Melayu